
Program SIGMA sempena menghargai warga wanita
Pada 20 Mei 2012 yang lepas, SIGMA telah menganjurkan Minggu Apresiasi Wanita ( MAWAR) dengan objektif bagi meraikan golongan wanita bagi semua lapisan sama ada dalam bidang profesional atau pun tidak, yang kurang bernasib baik dan juga yang sihat mahupun sakit. Program ini secara tidak langsung termasuk dalam salah satu acara sambutan Hari Ibu yang jatuh pada tarikh 13...
Pada 24 Mac 2012, TEAM HAWA BANGKIT yang dianggotai oleh beberapa front mahasiswi telah mengadakan ziarah ke rumah arwah Nadhirah di Masai Johor Bahru. Berita arwah yang sangat menyayat hati ramai pihak yang menjadi mangsa penindasan terhadap kekejaman dan sikap ketidakperimanusiaan ke atas kanak-kanak membuat kami rasa terpanggil untuk menyatakan keprihatinan kami sebagai mahasiswi.
Ketika kunjungan ziarah kami kira-kira pukul 9.30 malam,...

Melihat kepada permasalahan dan isu-isu semasa wanita, SIGMA dan beberapa front lain tampil kehadapan sebagai entiti yang sedar dan cakna terhadap masyarakat.
Kami mewakili mahasiswi membantah segala bentuk diskriminasi, eksploitasi ,keganasan dan pencabulan kepada wanita dan kanak-kanak,kerana wanita adalah tinggi kedudukannya sebagaimana Islam meletakkanya. bukan seperti Barat yang melihat wanita sebagai alat seks sema...
Gerakan muslimat atau wanita jarang dilihat sebagai keperluan dan tuntutan pada masa dahulu. Cuma ianya muncul atas kesedaran dan kekuatan individu itu sendiri. Melihat keadaan dunia semasa kini, wanita Islam tidak boleh lagi berdiam diri, terperuk di rumah dan menguruskan hal ehwal rumah tangga dan dapur sahaja.Ini bukan bermaksud mengenepikan secara total tanggungjawab mendidik anak dan keluarga, tetapi sudut pandang wanita Islam kini perlu lebih luas dan bebas dari kepompong yang sedia ada. Cabaran dan...

Kuala Lumpur, 27 Dis: Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) menyifatkan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan. SIGMA melalui kenyataan pengerusinya, Saudari Rohayu Rusli mendesak dan menggesa agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan itu.
Rohayu Rusli
“SIGMA...

Jika awal tahun dahulu, medan tahrir menjadi saksi berlakunya revolusi menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak, akhir tahun ini pula MedanTahrir menjadi saksi rakyat diperlakukan dengan kejam dan keterlaluan oleh tentera mesir lebih-lebih lagi ianya berlaku kepada wanita. Tentera Mesir telah mengambil alih kerajaan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 11 Februari lalu.
Pada awalnya, kehadiran tentera Mesir diterima rakyat,...

Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) yang menjadi sayap kiri Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) pada kali ini akan membawa gerakan BANTAH EKSPLOITASI WANITA. Eksploitasi terhadap wanita darsawarsa ini semakin menjadi-jadi terutama dalam bidang lakonan, pengiklanan dan juga hiburan.
Melihat kepada landskap kedudukan wanita hanya sebagai pelaris dan menjadi alat mendapat manfaat bagi sesuatu tujuan. SIGMA pada kali ini akan berjuang...