1

"LPF Jangan Lepas Tangan!" - SIGMA

Posted by GAMIS Monday, December 26, 2011 0 comments

Kuala Lumpur, 27 Dis: Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) menyifatkan keputusan  Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan. SIGMA melalui kenyataan pengerusinya, Saudari Rohayu Rusli mendesak dan menggesa agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan itu.

Rohayu Rusli
“SIGMA mewakili seluruh suara siswi melihat LPF seakan berlepas tangan apatah lagi bila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh Lembaga Penafisan Filem Malaysia menunjukkan suatu tindakan yang tidak wajar.apatah lagi beliau juga menyebut bahawa segala urusan perfileman dibawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuklah sekiranya terdapat masalah-masalah yang berbangkit kemudian hari”

“Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh diperingkat Kementerian berhubung perkara ini, dan mahasiswa sebagai salah satu entiti dalam masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina. Malah tahun 2011 ini sahaja Malaysia seakan-akan meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun ini”

“Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia. LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan "menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif ” jelasnya lagi.

“Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui Lembaga Penapisan Filem ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat”.

SIGMA juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan masyarakat . Merujuk ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdullah Badawi dalam Konvensyen LPF pada tahun 2003, beliau menyebut bahawa filem telah dijadikan agen kepada fahaman atau cara hidup anti sosial, anti agama pada dekad globalisasi ini.

Filem menjadi begitu penting dalam proses globalisasi dengan hasrat untuk menjadikan ``satu budaya satu dunia''. Filem-filem Hollywood antaranya telah menjadi pengeksport doktrin penting ke arah ``satu budaya satu dunia''. Memang benar, industri filem adalah sebuah industri hiburan, tetapi filem yang dieksport juga mempunyai nilai-nilai yang bertentangan dengan budaya negara yang mengimport. Ini suatu yang sangat membimbangkan dan kita terpaksa membanteras nilai-nilai yang bercanggah dan membawa idealisme yang tidak sesuai dengan negara ini.

Dalam keadaan Malaysia yang penuh dengan isu masalah sosial ini, SIGMA terus akan mendesak LPF menarik balik keputusannya. Apabila segala tanggungjawab diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem, mereka belum tentu mampu untuk sepenuh melakukannya, kerana setiap daripada mereka semestinya mempunyai kepentingan sendiri dan tidak mustahil hal ini boleh menyebabkan pelanggaran disiplin filem di negara ini.

Nur Syazwani Aziz
“Saya juga meragui soal moraliti dalam penerbitan sesuatu filem apabila sepenuh tanggungjawab diserahkan kepada pengarah dan penerbit. Malah, jika Lembaga Penapisan Filem tidak lagi menapis filem-filem, apa kayu ukur kepada kesesuaian filem untuk ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat dan tidak melanggar syarat.? Kita masih lagi memerlukan satu badan khas yang bertanggungjawab untuk menapis filem.” 

“Saya juga mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional saudara Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM saudara Helan Adam yang menimbulkan banyak kerisauan dan masih mengharapkan LPF bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan” Tambah Nur Syazwani merangkap Timbalan Pengerusi Sigma. 

Jika awal tahun dahulu, medan tahrir menjadi saksi berlakunya revolusi menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak, akhir tahun ini pula MedanTahrir menjadi saksi rakyat diperlakukan dengan kejam dan keterlaluan oleh tentera mesir lebih-lebih lagi ianya berlaku kepada wanita. Tentera Mesir telah mengambil alih kerajaan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 11 Februari lalu.

Pada awalnya, kehadiran tentera Mesir diterima rakyat, tetapi kini rakyat Mesir bangkit menuntut agar kepimpinan kerajaan kembali ditadbir oleh orang awam dan menuntut Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) segera melepaskan pentadbiran negara.
 Tindakan biadap tentera mesir menperlihatkan kepada dunia bahawa mereka ini kejam. Apatah lagi minggu lalu, tiga orang tentera memukul seorang wanita yang tidak bersenjata, menarik pakaian wanita itu, dan menyeret dia ke bawah jalan Kaherah.

Penghinaan buat wanita

Sinergi Gabungan Mahasiswi (SIGMA) dengan tegasnya menyatakan kecaman dan menyifatkan tindakan tentera tersebut adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan biadap. Ianya memperlihatkan bahawa bukan sahaja wanita itu dibelasah, malah lebih teruk lagi bilamana mengaibkan dan mencabul kehormatannya sebagai seorang wanita. Ini merupakan penghinaan terhadap seorang wanita yang jelas bukan sahaja melukai fizikal wanita itu, malah emosi seluruh wanita di dunia. Kaum  wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam.

Seorang wanita Mesir dipukul dan ditanggalkan pakaian
oleh tentera Mesir
Tindakan tentera ‘melukai’ revolusi

Insiden yang berlaku ini menempelak dunia arab yang hebat melaungkan larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata kerana yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak tentera pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu kini secara terbuka menyerang dan menzalimi orang awam,malah tidak akan mengubah polisi perang mereka terhadap aktivisme demokrasi. Tindakan demi tindakan yang dilakukan pihak tentera ini tanpa disedari ‘melukai’ revolusi rakyat mesir.


Laungan dunia : Selamatkan wanita

Wanita mampu bangkit berani jika emosinya tercalar. Tarikh 24 disember ini membuktikan tidak mudah bagi wanita untuk kalah dengan keadaan. Sebanyak 10 000 orang wanita Mesir telah turun ke jalanan, dengan lantangnya melaungkan “Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah!”, mereka bangun membantah tindakan zalim dan kejam tentera terhadap aktivis wanita itu.

SIGMA menyeru seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi hal ehwal wanita dan mahasiswi samaada dalam negara dan luar negara untuk bersuara menyatakan bantahan dan kecaman terhadap kezaliman yang berlaku. Jika 10 000 wanita Mesir menggerakkan jasad  mereka turun ke jalanan, marilah kita anak muda dan wanita di Malaysia mengerakkan jiwa menyatakan kebenciaan kita terhadap pencabulan kehormatan wanita. Jika 1 orang wanita dianiayai, biar seluruh wanita di dunia bangkit dengan sedar mempertahankannya.

Selamatkan wanita.

Rohayu Rusli
Pengerusi,
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)


SIGMA: Gerakan Bantah Eksploitasi Wanita

Posted by GAMIS Tuesday, December 13, 2011 0 comments

Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) yang menjadi sayap kiri Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) pada kali ini akan membawa gerakan BANTAH EKSPLOITASI WANITA. Eksploitasi terhadap wanita darsawarsa ini semakin menjadi-jadi terutama dalam bidang lakonan, pengiklanan dan juga hiburan.

Melihat kepada landskap kedudukan wanita hanya sebagai pelaris dan menjadi alat mendapat manfaat bagi sesuatu tujuan. SIGMA  pada kali ini akan berjuang untuk mengembalikan nilai wanita kepada kedudukan sebenarnya.

Walaupun isu eksploitasi wanita sudah agak lama dan boleh dikatakan basi, tetapi tindakan tegas untuk membela nasib wanita masih tidak dijalankan secara serius. Malah dalam kalangan wanita dan mahasiswi sendiri sanggup mengekploitasi  diri mereka sendiri untuk mendapatkan keuntungan.

Oleh itu, SIGMA akan memainkan peranan dengan membantah sebarang pengekploitasian wanita terutama dalam bidang-bidang popular seperti lakonan dan pengiklanan dan dalam masa yang sama juga memberi kesedaran kepada golongan wanita dan remaja mengenai nilai wanita sendiri.

Menurut Rohayu, Pengerusi SIGMA sesi ini, “Isu ekploitasi wanita sudah lama tidak diperjuangkan oleh NGO-NGO wanita. Di manakah tugas-tugas penapis filem diperingkat syariah dalam menapis filem terutama yang terbaru, filem Ombak Rindu yang penuh dengan aksi-aksi yang menghairahkan?”

“Kita perlu meneladani bagaimana kesan kedatangan ajaran Islam kepada masyarakat jahiliah. Di sisi masyarakat jahiliah, wanita diletakkan pada martabat yang sangat rendah, tetapi apabila Islam datang, Islam mengangkat kemulian wanita. Seperti dalam peristiwa di pasar Bani Qainuqa’, bagaimana seluruh orang islam bangkit demi mempertahankan maruah seorang wanita Islam”

“Kami mahasiswi melihat pengeksploitasian wanita wajar dikawal. Eksploitasi tanpa memperdagangkan nilai dan kedudukan wanita mungkin boleh ditimbangkan kerana maksud ekploitasi adalah tindakan pemanfaatan sesuatu untuk tujuan tertentu.” Ujar Nur Syazwani Aziz, Timbalan Pengerusi SIGMA.

SIGMA berharap isu eksploitasi wanita perlu diambil berat oleh semua pihak dan seluruh lapisan masyarakat terutama golongan adam yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita dalam taktik -taktik pelarisan. Andai sehingga satu tahap eksplotasi wanita sudah ditahap kritikal bilamana melihat wanita sebagai sumber seks dan keuntungan, saat itu generasi akan datang penuh dengan kebobrokan dan kehancuran kerana wanita adalah ibu yang akan melahirkan watan yang gemilang. Rosak ibu, rosak anak bangsa maka rosaklah Negara.

Suara Perubahan

Aktivis Mahasiswa

Aktivis Mahasiswi