SIGMA : IFF petanda buruk buat PERMATA

Posted by GAMIS Saturday, October 23, 2010


Bukan hanya mendapat kecaman daripada pelbagai NGO dan Pertubuhan besar negara, Islamic Fashion Festival (IFF) kelolaan Datin Seri Rosmah Mansor juga dikecam keras oleh Srikandi gerakan Muslimat Muda (SIGMA).

Front sayap kanan Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) tersebut yang menghimpunkan seluruh sayap kanan Persatuan Mahasiswa Islam seluruh kampus Malaysia semalam mengadakan perbincangan khas berkenaan ke’biadapan’ festival fesyen tersebut.

Mesyuarat khas yang diadakan di Petaling Jaya semalam dihadiri oleh Pengerusi SIGMA sendiri, Nazirah Abu Bakar, Timbalan Pengerusi SIGMA, Siti Nadzirah Majeed dan beberapa wakil mahasiswi kampus sekitar Lembah Klang.

Menurut Nazirah, SIGMA akan membuat sidang media khas berkenaan IFF sebagai menyatakan pendirian SIGMA.

“Jelas IFF menonjolkan fesyen yang bertentangan dengan Islam. Kita pelik bagaimana majlis grand seperti IFF boleh menonjolkan fesyen-fesyen begitu yang bukan hanya salah dengan tema ‘islamic fashion‘ tetapi ada antaranya yang sampai menghina rasulullah..nauzubillah. Kita diperingkat SIGMA tidak akan berdiam diri” ujarnya.

SIGMA menyambut baik usaha beberapa pihak khususnya NGO dan badan-badan Islam mahupun perseorangan yang memberikan respon kepada penganjuran IFF. Setakat ini belum ada pihak yang benar-benar tampil bersetuju dengan penganjuran IFF malah ramai yang mengecam dan meminta Rosmah untuk bertaubat.

Sementara Nadzirah, Timbalan Pengerusi SIGMA beliau menyeru kepada semua mahasiswa Islam khususnya untuk tidak mudah menerima IFF sebagai satu kesilapan biasa.

“IFF nyata bukan hanya satu kesilapan. Tapi satu penghinaan. Saya tidak rasa kita patut diam dan duduk saja atas berlakunya IFF. Pada saya, IFF jelas melanggar undang-undang syariah di negara kita. Awalnya ya saya sendiri terkejut dengan apa yang berlaku kerana tidak sangka IFF dinaugi oleh isteri PM (Perdana Menteri)” Ujarnya sinis.

Selain itu, mesyuarat malam tadi juga menyentuh mengenai kebimbangan mereka terhadap PERMATA yang dinaugi Rosmah bakal mencorak kecelaruan kepada anak-anak Malaysia.

Kesilapan IFF mungkin akan berlaku dalam acuan didikan kepada anak-anak Malaysia. Sebelum ini, isteri PM Dato’ Seri Najib Tun Razak juga pernah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi negatif seperti pembunuhan Altantuya, pengunaan wang kerajaan untuk membeli belah dan banyak lagi yang pada dasarnya tidak mencerminkan seorang ikon yang baik untuk anak-anak ujar SIGMA.

PERMATA sebelum ini menerima peruntukan RM111 juta dalam pembantangan badjet 2011

1 Responses to SIGMA : IFF petanda buruk buat PERMATA

  1. saya mungkin ble terima kalau lady boss ini tidak memakai tudung, tapi saya tidak menyukai bilamana istillah islamic diguna pakai...ini bukan cara berpakaian yang dianjurkan dalam islam...semoga Allah swt mmberi kesabaran pada sekalian muslimin dan muslimat yang masih mahu menjaga sebahagian kehormatan islam ini...

     

Suara Perubahan

Aktivis Mahasiswa

Aktivis Mahasiswi