1

MAWAR- minggu apresiasi wanita

Posted by GAMIS Friday, June 8, 2012 0 comments

Program SIGMA sempena menghargai warga wanita
Pada 20 Mei  2012 yang lepas, SIGMA telah menganjurkan Minggu Apresiasi Wanita ( MAWAR)  dengan objektif bagi meraikan golongan wanita bagi semua lapisan sama ada dalam bidang profesional atau pun tidak, yang kurang bernasib baik dan juga yang sihat mahupun sakit. Program ini  secara tidak langsung termasuk dalam salah satu acara sambutan Hari Ibu yang jatuh pada tarikh 13 Mei. SIGMA atas kapasiti mahasiswi berusaha untuk menghampiri dan memperbanyakkan program bersama masyarakat terutama golongan wanita.

Sambutan hari Ibu

Seawal pagi , di tasik Cempaka bangi diadakan senamrobik bersama warga bangi anjuran Majlis Perbandaran Kajang. Selepas itu, slot dikendalikan oleh pihak SIGMA dengan celoteh anak-anak. beberapa orang anak-anak dipilih untuk berkongsi dan menyatakan penghargaan kepada ibu mereka. gelagat anak-anak ini sangat mencuit hati.

Seterusnya, dimeriahkan lagi dengan game " anak mencari emak, emak mencari anak". pelbagai gelagat dapat dilihat terutama sekali apabila anak berusaha mencari ibu dengan mata yang diikat.
para ibu yang berpartisipasi dalam game " Ibu mencari Anak"

AJK sigma yg terlibat # special dedicate to muslimat UKM #
senamrobik bersama warga Bangi 


comelnya adik ni.. b'sungguh-sungguh mencari ibunya dalam gama " anak mencari ibu"

warga ibu tercari-cari anak mereka. meriah!

anak-anak comel yang terlibat

Ziarah Mahabbah Rumah Titian Kaseh [ RTK ] 


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia [ PMI UTM ] dengan kerjasama Ma’ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [ MC UIAM ] - dibawah naungan SIGMA telah mengadakan ziarah  golongan ibu tunggal. Tugasan ini menemukan kami dengan warga Rumah Titian Kaseh [ RTK ] yang terletak di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Berkonsepkan rumah perlindungan sementara, kediaman ini dihuni oleh 85 orang yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya serta anak – anak yatim. Kepelbagaian latar belakang penghuni RTK ini memberikan gambaran realiti kehidupan sebenar masyarakat Malaysia hari ini. Keruntuhan institusi keluarga hasil dari penceraian, sumbang mahram, dan penderaan antara sebab utama mereka mencari perlindungan di RTK ini.

Keprihatinan sukarelawan melunaskan tanggungjawab sosial turut berkumpul di RTK ini bagi bersama – sama mendidik serta membangunkan keupayaan dan kemahiran warga rumah perlindungan ini. Kaum ibu tunggal diajar kemahiran seperti katering, menjahit, membuat tasbih dan sebagainya dan seterusnya diberi pendedahan untuk mempromosikan hasil produk mereka dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup mereka. Hasil pendapatan mereka ini akan digunakan untuk membiayai kos – kos perbelanjaan warga RTK seperti yuran sekolah anak – anak yatim, keperluan OKU dan warga emas.

antara produk hasil tangan ibu tunggal

MAWAR dijayakan dengan kerjasama kampus lembah Klang
Walau bagaimanapun, terdapat perubahan kepada tentatif MAWAR, iaitu Lawatan Mesra Hospital dan Malam Simfoni terpaksa ditangguhkan kepada hari laian.Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Inya Allah laporan lawatan hospital dan Malam Simfoni akan menyusul selepas ini...

SIGMA - WiTh HoPe We MoVe-
 

ZIARAH MANGSA PENINDASAN KANAK-KANAK

Posted by GAMIS Wednesday, March 28, 2012 0 comments

Pada 24 Mac 2012, TEAM HAWA BANGKIT yang dianggotai oleh beberapa front mahasiswi telah mengadakan ziarah ke rumah arwah Nadhirah di Masai Johor Bahru. Berita arwah yang sangat menyayat hati ramai pihak yang menjadi mangsa penindasan terhadap kekejaman dan sikap ketidakperimanusiaan ke atas kanak-kanak membuat kami rasa terpanggil untuk menyatakan keprihatinan kami sebagai mahasiswi.


Ketika kunjungan ziarah kami kira-kira pukul 9.30 malam, tanpa disangka turut hadir ketika itu adalah TEAM dan artis Anugerah Bintang Popular. Kisah tragis yang melanda Nadhirah turut mendapat prihatin daripada artis dan semoga ruh arwah berada dalam ketenangan. Dan untuk ibu dan ahli keluarga yang lain, sesungguhnya kehilangan permata ini, semoga Allah gantikan sesuatu yang lebih baik. Bersama doakan kesejahteraan arwah dan keluarga Rombongan ziarah terdiri daripada Rohayu ( SIGMA), Syazwani ( SIGMA), Saffatul ( SIGMA) Melati ( AKSI) dan Munirah ( Majlis Dakwah dan Kebajikan GAMIS) bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada ahli keluarga yang sebenarnya berasal dari Sabah.




Antara artis yang hadir Lisa surihani

Semapt juga risalah biru ini diberikan kepada Nealofa

Shahiziey Sam pun ada

Ibu Nadhirah dan anaknya ( comey ^^)

sedikit sumbangan dari mahasiswa yang diwakili oleh Rohayu

bersama ahli keluarga dan jiran tetangga yang banyak memberi sokongan moral

nenek Nadhirah yang masih dilihat bersedih hati


Sedikit laporan yang diceritakan oleh ibu mangsa berumur 25 tahun yang berasal dari Sabah ; menurutnya, ini adalah perbuatan dendam dan kemungkinan dilakukan oleh penagih dadah yang tinggal berhadapan dengan rumah arwah Nadhirah di flat tingkat 4. Rumah berhadapan mereka sudah dilelong bank dan tidak berpenghuni, tetapi ada penagih yang memecah masuk. Disebabkan ketidakpuashatian terhadap teguran yang dilakukan dari ahli keluarga Nadhirah, lalu penagih dadah itu kemungkinan berdendam sehingga berlaku tragis. Menurut ibu yang mempunyai 3 orang anak ini lagi, pembunuhan itu seolah-olah dirancang kerana ketika insiden berlaku, lampu tingkat 2 dipadam dan seluruh tingkat 2 dalam keadaan gelap.


Saudari Melati (AKSI) ketika mengedarkan flyers kepada penduduk flat
.

Rohayu, pengerusi SIGMA mengedar flyers tolak penindasan kanak-kanak di kawasan bawah flat

sokongan penduduk terhadap bantah penindasan kanak-kanak sambil-sambil menunggu artis yang datang ziarah

suasana di bawah flat yang riuh dengan kedatangan artis  ABPBH

BANTAH KEGANASAN WANITA

Posted by GAMIS Thursday, March 22, 2012 0 comments

Melihat kepada permasalahan dan isu-isu semasa wanita, SIGMA dan beberapa front lain tampil kehadapan sebagai entiti yang sedar dan cakna terhadap masyarakat.

Kami mewakili mahasiswi membantah segala bentuk diskriminasi, eksploitasi ,keganasan dan pencabulan kepada wanita dan kanak-kanak,kerana wanita adalah tinggi kedudukannya sebagaimana Islam meletakkanya. bukan seperti Barat yang melihat wanita sebagai alat seks semata.

GERAKAN MAHASISWI

Posted by GAMIS 0 comments

     Gerakan muslimat atau wanita jarang dilihat sebagai keperluan dan tuntutan pada masa dahulu. Cuma ianya muncul atas kesedaran dan kekuatan individu itu sendiri. Melihat keadaan dunia semasa kini, wanita Islam tidak boleh lagi berdiam diri, terperuk di rumah dan menguruskan hal ehwal rumah tangga dan dapur sahaja.Ini bukan bermaksud mengenepikan secara total tanggungjawab mendidik anak dan keluarga, tetapi sudut pandang wanita Islam kini perlu lebih luas dan bebas dari kepompong yang sedia ada. Cabaran dan anasir-anasir luar menuntut muslimat untuk bergabung dalam gerakan sebagai satu sinergi dalam masyarakat bagi menyuarakan sudut pandang yang digariskan dalam syarak.Sepintas lalu mungkin melihat gerakan wanita ini ala-ala perjuangan feminism. Kerana stigma masyarakat melihat wanita akan bersuara untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Ini sangat salah.

Gerakan muslimat atau wanita Islam bukan berorientasikan sepertimana yang diperjuangkan oleh golongan feminism ataupun kesamaan hak. Apakah matlamat atau peri pentingnya muslimat dalam gerakan? Walhal dalam hadis nabi yang mafhumnya , “ Apakah jihad bagi seorang muslimah? Nabi menjawab menunaikan haji dan menguruskan hal ehwal rumah tangga.” Hadis ini diturunkan kerana ada sahabat muslimat yang datang kepada nabi atas dasar kecemburuan mereka terhadap muslimin yang mempunyai medan jihad yang nyata iaitu berperang di jalan Allah. Dalam hal qital/ siri peperangan, golongan wanita sememangnya tidak terlibat secara langsung. Melihat kepada hadis nabi ini, adakah muslimat tidak perlu turun ke medan? Berbalik kepada satu pandang sisi yang menjejak kepada reality pada hari ini, dengan gejala sosial,fahaman dan ideology yang songsang dari Islam dan pengaruh filem yang banyak elemen-elemen negative. Jadinya, dalam situasi begini, mampukah kita untuk menjaga ahli keluarga semata-mata walhal setiap segi anak dan keluarga kita diserang dan terdedah dengan pelbagai kegoncangan iman. Oleh itu, perjuangan dan suara wanita adalah diperlukan untuk memperbaiki dan mengharmonikan suasana rumah tangga dan masyarakat ; bukan yang memperjuangkan kesamarataan hak dan gender dengan kaum Adam.

 “Sesungguhnya orang islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki dan perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar dan orang lelaki dan perempuan yang sabar,dan orang lelaki dan perempuan yang khusyuk, dan orang lelaki dan perempuan yang bersedekah ,lelaki dan perempuan yang berpuasa dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar” ( al-ahzab ;35).

 Jelas menunjukkan disini tuntutan dan peranan wanita dalam pentarbiyahan masyarakat sama sekali tidak boleh dinafikan dan sudah terang lagi bersuluh, wanita dan lelaki itu tidak perlu dibezakan amal perbuatannya. Cumanya ada sedikit perbezaan pada diri wanita yang menyebabkan wujudnya kekangan dalam mereka berkecimpung dalam medan masyarakat. “Antara fitnah yang terbesar adalah diri wanita itu sendiri.” Ya, wanita dan muslimat sangat terdedah dengan fitnah. Ingin saya hujahkan sekali lagi apa perlunya muslimat turun kelapangan mendidik masyarakat. Tiada hukum yang qat’ie mengatakan wanita HARAM untuk turun ke masyarakat dan mengambil posisi jihad. Hukumnya adalah sekadar harus, jadi mengapa ruang keharusan ini tidak digunakan sebaiknya dalam tujuan amal islami. Kita tidak mahu keharusan syarak ini disalah tafsir dengan mendakwa keluar dari rumah semata-mata untuk bergosip dan sebagainya.

Walau bagaimanapun perihal yang paling penting adalah untuk memohon keizinan suami dahulu untuk terlibat dalam gerak kerja aktivis ini. Dalam gerak kerja amar makruf pastinya tempang apabila digerakkan oleh lelaki semata-mata kerana firman Allah dalam at-taubah: 71 berbunyi,

“ Dan orang yang beriman lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya, mereka menyuruh berbuat baik dan melarang kejahatan dan mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat serta taat kepada Allah Maha Kuasa ,lagi Maha Bijaksana.” Oleh itu,salah anggap yang sering dilontarkan oleh pihak tertentu yang tidak faham mengenai duduk peranan wanita sebenar dalam masyarakat adalah salah. Cumanya perbincangan perlu lebih jelas apakah batas dan limitasi penglibatan wanita dalam gerak kerja dakwah dan jihad dan dalam masa yang sama tidak mengkesampingkan kewajipan dalam rumah tangga. Mengapa mutakhir ini ianya menjadi tuntutan?

Melihat kepada gerakan liberal, Sister in Islam dan persatuan-persatuan lain yang memperjuangkan hak kesamarataan wanita yang sangat hebat dilaungkan di Barat dan merebak ke Malaysia, maka tuntutan itu hadir. Adakah hendak dibiarkan sahaja laungan-laungan yang tidak berteraskan syariah yang sebenarnya ini mengelirukan ahli muslimat yang lain? Masalah institut kekeluargaan dan anak-anak yang mempunyai kepincangan akhlak, semuanya ini memerlukan sentuhan yang bersifat keibuan dan ianya memang sesuai dengan fitrah. Andai dilihat dari soroton sejarah sekalipun, golongan yang menentang ajaran nabi juga datangnya dari golongan wanita seperti Ummu Jamil, Hindun bt Utbah yang menjadi penentang tegar.

Bahkan seorang perempuan yahudi ,iaitu Zainab Bt Al-Harith telah meracun baginda selepas perang Khaibar. Pada zaman moden pula, pembantaian kepada umat Islam juga disumbangkan oleh wanita seperti Condolezza Rice dari AS dan Lipni dari Israel. Secara kesimpulannya, muslimat perlu bijak mengimbangi tuntutan dalam urusan rumah tangga dan masyarakat yang kedua-duanya merupakan tuntutan amal islami. Dan muslimat juga perlu pandai membawa diri supaya tidak menjadi fitnah yang mungkin boleh menambah barah kepada masyarakat. Nilai keintelektualan, penuh dengan kelembutan dan kasih sayang dan suara ketegasan perlu menjadi jati diri kepada diri wanita sendiri. Semuanya ini perlu hadir atas dasar kesedaran terlebih dahulu. Mahasiswi diperingkat kampus yang jelas akan tuntutan dakwah ini perlu mempersiapkan diri berhadapan dengan seratus ribu ancaman dan ujian untuk membawa diri muslimat kedalam masyarakat.
 
Nur Syazwani Aziz Timb SIGMA (Sinergi Gerakan Mahasiswi) GAMIS

"LPF Jangan Lepas Tangan!" - SIGMA

Posted by GAMIS Monday, December 26, 2011 0 comments

Kuala Lumpur, 27 Dis: Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) menyifatkan keputusan  Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan. SIGMA melalui kenyataan pengerusinya, Saudari Rohayu Rusli mendesak dan menggesa agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan itu.

Rohayu Rusli
“SIGMA mewakili seluruh suara siswi melihat LPF seakan berlepas tangan apatah lagi bila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh Lembaga Penafisan Filem Malaysia menunjukkan suatu tindakan yang tidak wajar.apatah lagi beliau juga menyebut bahawa segala urusan perfileman dibawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuklah sekiranya terdapat masalah-masalah yang berbangkit kemudian hari”

“Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh diperingkat Kementerian berhubung perkara ini, dan mahasiswa sebagai salah satu entiti dalam masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina. Malah tahun 2011 ini sahaja Malaysia seakan-akan meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun ini”

“Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia. LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan "menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif ” jelasnya lagi.

“Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui Lembaga Penapisan Filem ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat”.

SIGMA juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan masyarakat . Merujuk ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdullah Badawi dalam Konvensyen LPF pada tahun 2003, beliau menyebut bahawa filem telah dijadikan agen kepada fahaman atau cara hidup anti sosial, anti agama pada dekad globalisasi ini.

Filem menjadi begitu penting dalam proses globalisasi dengan hasrat untuk menjadikan ``satu budaya satu dunia''. Filem-filem Hollywood antaranya telah menjadi pengeksport doktrin penting ke arah ``satu budaya satu dunia''. Memang benar, industri filem adalah sebuah industri hiburan, tetapi filem yang dieksport juga mempunyai nilai-nilai yang bertentangan dengan budaya negara yang mengimport. Ini suatu yang sangat membimbangkan dan kita terpaksa membanteras nilai-nilai yang bercanggah dan membawa idealisme yang tidak sesuai dengan negara ini.

Dalam keadaan Malaysia yang penuh dengan isu masalah sosial ini, SIGMA terus akan mendesak LPF menarik balik keputusannya. Apabila segala tanggungjawab diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem, mereka belum tentu mampu untuk sepenuh melakukannya, kerana setiap daripada mereka semestinya mempunyai kepentingan sendiri dan tidak mustahil hal ini boleh menyebabkan pelanggaran disiplin filem di negara ini.

Nur Syazwani Aziz
“Saya juga meragui soal moraliti dalam penerbitan sesuatu filem apabila sepenuh tanggungjawab diserahkan kepada pengarah dan penerbit. Malah, jika Lembaga Penapisan Filem tidak lagi menapis filem-filem, apa kayu ukur kepada kesesuaian filem untuk ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat dan tidak melanggar syarat.? Kita masih lagi memerlukan satu badan khas yang bertanggungjawab untuk menapis filem.” 

“Saya juga mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional saudara Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM saudara Helan Adam yang menimbulkan banyak kerisauan dan masih mengharapkan LPF bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan” Tambah Nur Syazwani merangkap Timbalan Pengerusi Sigma. 

Jika awal tahun dahulu, medan tahrir menjadi saksi berlakunya revolusi menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak, akhir tahun ini pula MedanTahrir menjadi saksi rakyat diperlakukan dengan kejam dan keterlaluan oleh tentera mesir lebih-lebih lagi ianya berlaku kepada wanita. Tentera Mesir telah mengambil alih kerajaan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 11 Februari lalu.

Pada awalnya, kehadiran tentera Mesir diterima rakyat, tetapi kini rakyat Mesir bangkit menuntut agar kepimpinan kerajaan kembali ditadbir oleh orang awam dan menuntut Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) segera melepaskan pentadbiran negara.
 Tindakan biadap tentera mesir menperlihatkan kepada dunia bahawa mereka ini kejam. Apatah lagi minggu lalu, tiga orang tentera memukul seorang wanita yang tidak bersenjata, menarik pakaian wanita itu, dan menyeret dia ke bawah jalan Kaherah.

Penghinaan buat wanita

Sinergi Gabungan Mahasiswi (SIGMA) dengan tegasnya menyatakan kecaman dan menyifatkan tindakan tentera tersebut adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan biadap. Ianya memperlihatkan bahawa bukan sahaja wanita itu dibelasah, malah lebih teruk lagi bilamana mengaibkan dan mencabul kehormatannya sebagai seorang wanita. Ini merupakan penghinaan terhadap seorang wanita yang jelas bukan sahaja melukai fizikal wanita itu, malah emosi seluruh wanita di dunia. Kaum  wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam.

Seorang wanita Mesir dipukul dan ditanggalkan pakaian
oleh tentera Mesir
Tindakan tentera ‘melukai’ revolusi

Insiden yang berlaku ini menempelak dunia arab yang hebat melaungkan larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata kerana yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak tentera pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu kini secara terbuka menyerang dan menzalimi orang awam,malah tidak akan mengubah polisi perang mereka terhadap aktivisme demokrasi. Tindakan demi tindakan yang dilakukan pihak tentera ini tanpa disedari ‘melukai’ revolusi rakyat mesir.


Laungan dunia : Selamatkan wanita

Wanita mampu bangkit berani jika emosinya tercalar. Tarikh 24 disember ini membuktikan tidak mudah bagi wanita untuk kalah dengan keadaan. Sebanyak 10 000 orang wanita Mesir telah turun ke jalanan, dengan lantangnya melaungkan “Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah!”, mereka bangun membantah tindakan zalim dan kejam tentera terhadap aktivis wanita itu.

SIGMA menyeru seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi hal ehwal wanita dan mahasiswi samaada dalam negara dan luar negara untuk bersuara menyatakan bantahan dan kecaman terhadap kezaliman yang berlaku. Jika 10 000 wanita Mesir menggerakkan jasad  mereka turun ke jalanan, marilah kita anak muda dan wanita di Malaysia mengerakkan jiwa menyatakan kebenciaan kita terhadap pencabulan kehormatan wanita. Jika 1 orang wanita dianiayai, biar seluruh wanita di dunia bangkit dengan sedar mempertahankannya.

Selamatkan wanita.

Rohayu Rusli
Pengerusi,
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)


SIGMA: Gerakan Bantah Eksploitasi Wanita

Posted by GAMIS Tuesday, December 13, 2011 0 comments

Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) yang menjadi sayap kiri Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) pada kali ini akan membawa gerakan BANTAH EKSPLOITASI WANITA. Eksploitasi terhadap wanita darsawarsa ini semakin menjadi-jadi terutama dalam bidang lakonan, pengiklanan dan juga hiburan.

Melihat kepada landskap kedudukan wanita hanya sebagai pelaris dan menjadi alat mendapat manfaat bagi sesuatu tujuan. SIGMA  pada kali ini akan berjuang untuk mengembalikan nilai wanita kepada kedudukan sebenarnya.

Walaupun isu eksploitasi wanita sudah agak lama dan boleh dikatakan basi, tetapi tindakan tegas untuk membela nasib wanita masih tidak dijalankan secara serius. Malah dalam kalangan wanita dan mahasiswi sendiri sanggup mengekploitasi  diri mereka sendiri untuk mendapatkan keuntungan.

Oleh itu, SIGMA akan memainkan peranan dengan membantah sebarang pengekploitasian wanita terutama dalam bidang-bidang popular seperti lakonan dan pengiklanan dan dalam masa yang sama juga memberi kesedaran kepada golongan wanita dan remaja mengenai nilai wanita sendiri.

Menurut Rohayu, Pengerusi SIGMA sesi ini, “Isu ekploitasi wanita sudah lama tidak diperjuangkan oleh NGO-NGO wanita. Di manakah tugas-tugas penapis filem diperingkat syariah dalam menapis filem terutama yang terbaru, filem Ombak Rindu yang penuh dengan aksi-aksi yang menghairahkan?”

“Kita perlu meneladani bagaimana kesan kedatangan ajaran Islam kepada masyarakat jahiliah. Di sisi masyarakat jahiliah, wanita diletakkan pada martabat yang sangat rendah, tetapi apabila Islam datang, Islam mengangkat kemulian wanita. Seperti dalam peristiwa di pasar Bani Qainuqa’, bagaimana seluruh orang islam bangkit demi mempertahankan maruah seorang wanita Islam”

“Kami mahasiswi melihat pengeksploitasian wanita wajar dikawal. Eksploitasi tanpa memperdagangkan nilai dan kedudukan wanita mungkin boleh ditimbangkan kerana maksud ekploitasi adalah tindakan pemanfaatan sesuatu untuk tujuan tertentu.” Ujar Nur Syazwani Aziz, Timbalan Pengerusi SIGMA.

SIGMA berharap isu eksploitasi wanita perlu diambil berat oleh semua pihak dan seluruh lapisan masyarakat terutama golongan adam yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita dalam taktik -taktik pelarisan. Andai sehingga satu tahap eksplotasi wanita sudah ditahap kritikal bilamana melihat wanita sebagai sumber seks dan keuntungan, saat itu generasi akan datang penuh dengan kebobrokan dan kehancuran kerana wanita adalah ibu yang akan melahirkan watan yang gemilang. Rosak ibu, rosak anak bangsa maka rosaklah Negara.

Suara Perubahan

Aktivis Mahasiswa

Aktivis Mahasiswi